GoPro Hero 3 TREKKING ANNAPURNA BASE CAMP NEPAL

Travelling to Nepal 2014 – Poon Hill & Annapurna Bace Camp video footage by Aku lah, Yusaini Mohd Yusof, Videographer by Mahfis, the adventurer by Jon Mohamad (Hero3+ owner), Izashahril Idris, Fahmie Izkandar, Michael Soong & Chee Choon Liow. Thanks to Third Eye Adventure Ltd coordinate by Ganesh Neupane. Rindu pulak nak kesana bila tengok video ni… Sebenarnya aku baru nak belajar edit-edit video ni. masih banyak kekurangannya. Next time kena belajar lagi… ok enjoy!!!

PREPARATION TO ANNAPURNA BASE CAMP NEPAL 2014

“ANNAPURNA BASE CAMP … AKU DATANG ………………….”

Wow kali ini aku cukup teruja untuk berkongsi persediaan dan persiapan ke Annapurna Base Camp Nepal pada 26FEB2014 hingga 11MAC2014. Tinggal hampir 3 bulan lebih lagi aku dan seorang lagi kawan sekerja aku Khairul Fahmi untuk bercuti panjang bagi meninggalkan segala kesibukan kota Kuala Lumpur dan kesesakan di bandar raya untuk menghirup kopi panas dan bergambar sakan  di lembah pergunungan Banjaran Himalaya… huh. bila sebut je pasal Nepal dan Banjaran Himalaya pasti semua orang terfikir akan Gunung Everest kan??? buat pengetahuan semua aku belum cukup GILA untuk menakhluk gunung Everest tu!!! kali ini aku merancang untuk ke Annapurna Base Camp sahaja. Annapurna Base Camp adalah salah satu tempat pelancongan bagi kebanyakkan pelancong untuk merasai sendiri perjalanan yang jauh dan merasai suasana gunung ganang banjaran Himalaya . ni ada beberapa keping gambar yang aku sedut dari google betapa cantiknya Annapurna Base camp !!! ( pinjam gambar orang lain dulu , nanti dah sampai baru pakai gambar sendiri…. hahahaha )


semua gambar diatas di ceduk dari google

PERSEDIAAN FIZIKAL, MENTAL DAN FITNESS
Aku dah merancang untuk kesini dari tahun 2012 lagi sebenarnya. Tapi misi ini terpaksa di tunda di sebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan… ermmm… aku pun tak pernah kemana-mana pun sebelum ni.. setakat pusing-pusing dalam semenanjung jer. so untuk 2014 ni aku akan laksanakan misi ini sebaik mungkin dan merancang sesempurna mungkin agar ianya menjadi satu pengalaman yang manis buat diri aku sendiri. Mana boleh tahan asyik tengok gambar dan baca blog orang jer yang dah sampai kesini. So 2014 adalah masa yang tepat untuk aku merialisasikan impian aku ni… terima kasih pada Udey Ismail dan Wazari wazir yang banyak memberi sedikit sebanyak info tentang misi kali ini. Yah Make It Real !!!! tidak lupa juga pada sahabat saya Khairul Fahmi yang sudi temankan saya untuk misi kali ini… yup hanya aku berdua sahaja dengan Khairul Fahmi yang lebih senang aku panggil KF untuk misi kali ni.. Tak dilupakan buat isteri tercinta Faradila Mahadzir yang banyak memberi dorongan dan keizinan kepada  aku untuk kesini… 
Entry kali ni adalah lebih kepada persediaan fizikal dan fitness yang perlu aku lakukan untuk ke ABC. Semua perancangan aktiviti telah pun aku aturkan untuk memantapkan lagi stamina dan mental disana nanti. Memang tak dinafikan untuk sampai ke ABC memerlukan kuasa tahap kuda dan mengambil masa  hampir 10 hari dengan trekking mengharungi lembah-lambah, sungai, bukit, gunung dan keadaan bersalji. So aku telah memulakan jogging hampir 2km ke 4km setiap sesi sejak november 2013 lagi. aku sendiri pun tak percaya aku dah start rajin berjogging sekarang ni.. hahaha…bersenam , naik tangga turun tangga kat rumah aku, panjat tangga Batu Caves dengan KF dan kalau takda apa-apa hal aku akan naik Bukit Broga mungkin beberapa kali , Gunung Dato , Gunung Berembun, dan Gunung Angsi dengan adik ipar aku sepanjang 3 bulan trainning ni. Aku terpaksa buat Aksi lagak ngeri ni semua sebab aku takut nanti aku kurang cergas bila disana dan mudah diserang AMS ( Altitude Mountain Sickness ) . so aku kena gagahkan juga dan memaksa diri aku ni untuk terus bersenam dan terus berlatih sampai hari aku fly ke Khatmandu Nepal nanti.

Ini adalah beberapa keping gambar dan video masa aku dan KF layan panjat anak tangga Batu Caves weekend hari tu dengan bawak backpack 5 botol air atas belakang dapat lah 3 trip turun naik…..aku akan ke Batu Caves untuk beberapa kali  lagi nnt.  Kalau ikut dalam plan kawan aku si KF ni memang banyak agenda trainning nya. DEC13 ni KF akan ke gunung Kinabalu dengan Team outdoornya… aku tak dapat ikut kerana cuti tahunan yang dah tak banyak dan agak bz untuk final xzam aku serta kursus SLDN yang kena aku harungi.. so aku tranning disini sahaja … huh…. ok aku gerak dulu.. nanti aku cerita pulak persediaan -persediaan yang lain……

letih jugak panjat Batu Caves ni…. tersandar jugak lah .. huh


PERSEDIAAN PERALATAN 
Dari segi persiapan peralatan, aku baru beli beg je  bulan ni…manakala peralatan-peralatan lain akan di beli dari semasa ke semasa…mengikut blog-blog yang aku baca barang-barang outdoor murah-murah je kat Nepal.. so aku kena peruntukkan duit untuk beli  peralatan lain seperti wind stooper, jacket, trekking stick, glove, kasut  dan lain-lain di Khatmandu nanti…huh dah lama betul aku tak panjat gunung ni sebenarnya.. Masa study dulu adalah jugak ikut kelab kembara panjat-panjat gunung ni. So untuk misi kali ni aku beli sebuah beg Karrimor Panther 55-65litre.. perghh tak sabar rasanya nak packing barang… kahkahkah……

PERSEDIAAN DOKUMENTASI

Dari segi dokumentasi sudah tentu lah Passport Antarabangsa kan… aku pernah ada passport sebelum ni tapi time aku masih kecil lah… 1st sekali sekali sebelum aku buat passport aku usha dulu laman web Immigresen Malaysia sebab aku nak check adakah nama aku layak untuk keluar negara… hahahaha… bukan apa aku takut jugak tak dapat ke luar negara sebab takut ada hutang-piutang pinjaman pendidikan yang belum aku selesaikan untuk keluar negara… Alhamdullilah semua berjalan lancar… so untuk check korang punya nama boleh lah masuk ke link ini : http://sspi2.imi.gov.my/
Oklah proses buat passport sekarang ni pun dah senang 1 hari pun dah boleh siap… Bayaran RM100 untuk 2 tahun… Manakala untuk ke NEPAL aku kena buat Visa di Kedutaan NEPAL jalan Ampang. Macam-macam aku dengar sebelum ini proses untuk membuat visa di kedutaan NEPAL. So pada bulan DEC 2013 nanti aku dan KF akan buat Visa untuk 15 hari…

Selepas passport sudah siap, tiba masa aku dan KF decide tarikh untuk booking tiket flight Air Asia.. setelah beberapa hari fikir tarikh yang sesuai dengan cuti kami tahun depan dan memilih tarikh-tarikh untuk tiket murah serta agenda-agenda yang bakal kami tempuh tahun depan, kami decide utk ke ABC pada 26FEB2014 – 11MAC2014… maka tanpa pikir panjang lagi tiket telah pun di beli…. Terima Kasih pada sahabat kami Arif Budiman kerana sudi pinjamkan kad kredit beliau untuk bayaran harga tiket kami… hahahaha….

Total harga yang perlu kami bayar untuk tiket penerbangan kami hanyalah RM987 return seorang… Oklah rasanya. Dulu aku pernah survey harganya lebih kurang RM1200 return…. selesai satu hal…
Ok visa pun dah setel … Bayaran untuk visa RM98 atau USD25 untuk 15 hari trek di Nepal… aku , KF dan zaril sama2 buat Visa di Kedutaan Nepal jalan Ampang…

Visa boleh di collect kesesokkan hari nya….. yes, selesai satu tugas….